Kemaskini KemaskiniSet Highlight ?\Ya Set Highlight ?\YaSet Highlight ?\Tidak Set Highlight ?\Tidak

Nama Pengguna : Anonymous
Masa : 07/29/2014 06:40:54 PM


Hide details for MAKLUMAT AKHBAR


Nama Akhbar
:
BERITA HARIANBahasa :Bahasa Melayu
Seksyen Akhbar
:
BERITA UMUM/LAIN-LAINHari :KHAMIS
Tarikh Siaran
:
08/30/2001Muka Surat :23
Berkaitan Isu
:
KERAJAAN TEMPATAN
Topik Berita
:
VANDALISME
Tajuk Akhbar
:
Syor hukum sebat rosak harta awam

Keratan Akhbar Penuh




Teks Akhbar



KUALA LUMPUR, Rabu - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disaran
mengkaji semula undang-undang berkaitan vandalisme dengan memperkenalkan
hukuman sebat berikutan peningkatan kes yang semakin serius.
Laporan Perangkaan Kes Vandalisme Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL)
menunjukkan setakat empat bulan tahun ini sehingga April lalu saja, agensi
kerajaan dan swasta membelanjakan RM1,298,196 bagi mengganti dan membaiki
kemudahan akibat vandalisme membabitkan 6,814 kes.
Sepanjang tahun lalu, pihaknya membelanjakan RM2,022,900 membabitkan
5,290 kes.
Laporan itu dibuat berdasarkan perbelanjaan 10 agensi seperti jabatan
dalam DBKL, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Polis Diraja Malaysia,
Telekom Malaysia, Star-LRT, Putra-LRT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Anti-Vandalisme DBKL, Datuk Lee
Lam Thye, berkata akta khusus yang selaras serta dikuatkuasakan semua
pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara perlu memandangkan peruntukan
undang-undang sedia ada tidak berupaya menangani masalah berkenaan.
"Undang-undang kecil berkaitan vandalisme sedia ada kini hanya
memperuntukkan pesalah yang disabit kesalahan di mahkamah dikenakan denda
tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya
sekali.
"Kita perlu memperuntukkan hukuman lebih berat dan digeruni seperti
sebat selain denda dan penjara sebagai pilihan hukuman bagi kesalahan itu
terutama terhadap segelintir ahli masyarakat yang tidak bertanggungjawab
dan masih degil merosakkan harta benda walaupun sudah diberi amaran,"
katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Skuad Anti Vandalisme
pertama di peringkat sekolah rendah membabitkan 71 pelajar darjah dua
hingga enam oleh Sekolah Kebangsaan Jalan Peel (SKJP), di sini, hari ini.
Lee berkata, hukuman lebih digeruni perlu memandangkan PBT membelanjakan
berjuta-juta ringgit untuk membaiki dan menggantikan kemudahan serta
peralatan yang menjadi mangsa perbuatan vandalisme setiap tahun.
"Ini memerlukan tindakan dari Kerajaan Persekutuan dan kemudahan serta
peralatan diconteng, dirosakkan dan dicuri serta dalam kes serius,
dibakar, yang mana menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.
"Kita boleh mencontohi negara jiran, Singapura yang mengenakan hukuman
sebat kepada pesalah bagi kes serius menyebabkan masyarakat memandang
serius masalah itu dan vandalism berjaya diatasi," katanya