Kemaskini KemaskiniSet Highlight ?\Ya Set Highlight ?\YaSet Highlight ?\Tidak Set Highlight ?\Tidak

Nama Pengguna : Anonymous
Masa : 07/31/2014 03:13:00 AM

Hide details for MAKLUMAT AKHBAR

Nama Akhbar
:
BERITA HARIANBahasa :Bahasa Melayu
Seksyen Akhbar
:
BERITA UMUM/LAIN-LAINHari :ISNIN (MON)
Tarikh Siaran
:
04/18/2005Muka Surat :
Berkaitan Isu
:
LAIN-LAIN
Topik Berita
:
UMUM/AM
Tajuk Akhbar
:
Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk
Keratan Akhbar Penuh

Teks Akhbar

KESALAHAN penggunaan kata majmuk pada papan tanda premis perniagaan
sering berlaku. Proses pemajmukan kata ialah proses yang merangkaikan dua
kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu
bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Penggunaan kata 'pasaraya' yang menggugurkan huruf 'r' dan dieja
sebagai satu perkataan dengan alasan penjimatan ruang wajar dielakkan
kerana akan menjadi contoh ikutan yang salah. 'Pasaraya' seharusnya dieja
'pasar raya' yang bermaksud 'pasar besar'.
Pemaparan kata 'lebuhraya' dan 'jalanraya' pada papan tanda arah jalan
juga haruslah diberi perhatian. 'Lebuhraya' dan 'jalanraya' yang
bermaksud 'lebuh besar' dan 'jalan besar' tidak mungkin boleh dieja
'lebuhbesar' dan 'jalanbesar'. Kedua-dua kata tersebut perlu dieja
terpisah, iaitu 'lebuh raya' dan 'jalan raya'.
Begitu juga dengan penggunaan kata 'raya' pada nama khas seperti
'bandaraya' yang seharusnya dieja 'bandar raya'. Kata 'bandaraya' yang
bermaksud 'Bandar Besar' juga seharusnya dieja terpisah, bukannya
'bandarbesar'.
Usaha untuk membetulkan kesilapan ini perlu dilaksanakan agar kesalahan
yang sama tidak akan berulang. contoh penggunaan kata majmuk yang
menggunakan kata 'raya' adalah seperti di dalam Rajah A.
*Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dieja sebagai satu
perkataan kerana telah diwartakan sebagai 'Bandaraya', namun diharapkan
semua Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan ejaan yang mengikut sistem
ejaan bahasa Melayu yang betul, iaitu Bandar Raya.