Kemaskini KemaskiniSet Highlight ?\Ya Set Highlight ?\YaSet Highlight ?\Tidak Set Highlight ?\Tidak

Nama Pengguna : Anonymous
Masa : 07/30/2014 10:57:03 AM


Hide details for MAKLUMAT AKHBAR


Nama Akhbar
:
KOSMOBahasa :Bahasa Melayu
Seksyen Akhbar
:
Hari :AHAD (SUN)
Tarikh Siaran
:
05/01/2005Muka Surat :08
Berkaitan Isu
:
PERUMAHAN NEGARA
Topik Berita
:
PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN
Tajuk Akhbar
:
Selamatkah rumah anda? (Pemaju cincai bina rumah, hanya pentingkan untung)
Keratan Akhbar Penuh




Teks Akhbar

KUALA LUMPUR - Pelindung maut! Sedar atau tidak, kebanyakan rumah kediaman
yang dibina di negara ini masih tidak menepati standard kualiti yang sepatutnya.
    Kenapa perkara ini berlaku? Adakah kerana pemaju hanya ingin mendapatkan
keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira keselesaan pembeli atau wujud
penyeleweng dalam kelulusan projek?
    Hasil kajian Pusat Kajian Perumahan, Universiti Putra Malaysia mendapati pemaju
cuba 'lepas tangan' dalam menyediakan rumah mengikut standard.
    Pengarahnya, Prof. Abang Abdullah Abang Ali berkata, kebanyakan rumah
yang dibina di Malaysia tidak mempunyai struktur pengudaraan yang baik,
memerangkap panas, tiada kemudahan awam lengkap dan bentuk rumah yang
tidak menekankan aspek keselamatan.
    "Disebabkan keadaan tersebut kebanyakan rumah yang dibina hari ini cenderung
menjadi panas sepanjang masa dan susah mendapat kelulusan sijil layak menduduki
(CF) kerana tidak mengikuti piawaian pembinaan ditetapkan.
    "Selain itu, bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan juga menggunakan
bahan yang kurang berkualiti dan tersasar dari piawaian kejuruteraan pembinaan
sehingga menyebabkan struktur binaan tidak kukuh atau mudah berlaku keretakan,"
katanya kepada KOSMO! Ahad.
    Bagaimanapun dengan cadangan memperkenalkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan
(CCC) menggantikan CF, beliau percaya masalah penyelewengan pengeluaran sijil
tersebut dapat diatasi.
    "Jika sebelum ini wujudnya penyelewengan pengeluaran CF di peringkat pihak
berkuasa tempatan dengan amalan rasuah, maka dengan cadangan CCC tersebut,
saya percaya ia dapat diatasi kerana setiap kesilapan yang dilakukan oleh
arkitek dan jurutera akan dipantau oleh lembaga yang mempunyai kepakaran
dalam bidang masing-masing," katanya.
    Tambah beliau, kerja-kerja yang dilakukan jurutera sememangnya diawasi
oleh etika kerjanya, undang-undang dan Lembaga Jurutera Malaysia bagi
memastikan setiap tugas dilakukan dengan cermat dan jujur.
    "Sebarang kesilapan dan penyelewengan yang berlaku adalah tanggungjawab
mereka. Maka, jurutera terbabit akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
    "Kemungkinan lesen jurutera, mereka disenarai hitam dan ditarik balik jika ahli
mesyuarat lembaga mendapati berlakunya pelanggaran undang-undang oleh
jurutera terbabit semasa menjalankan tugas masing-masing, ujarnya.
    Beliau turut menasihatkan agar pengguna mendapatkan khidmat nasihat daripada
pakar sebelum membuat sebarang pembelian rumah.
    "Dengan nasihat yang diterima, saya percaya pengguna atau pembeli rumah akan
lebih peka dari teliti dalam membuat pilihan.
    "Pada masa yang sama, mereka tidak akan mudah ditipu dari tertipu oleh iklan dan
janji-janji manis pemaju yang stika mengambil kesempatan atas kelalaian pembeli
rumah," tambahnya.