Kemaskini KemaskiniSet Highlight ?\Ya Set Highlight ?\YaSet Highlight ?\Tidak Set Highlight ?\Tidak

Nama Pengguna : Anonymous
Masa : 10/01/2014 02:47:34 PM


Hide details for MAKLUMAT AKHBAR


Nama Akhbar
:
KOSMOBahasa :Bahasa Melayu
Seksyen Akhbar
:
Hari :SABTU (SAT)
Tarikh Siaran
:
06/18/2005Muka Surat :21
Berkaitan Isu
:
KERAJAAN TEMPATAN
Topik Berita
:
KESELAMATAN BANGUNAN DAN TANAH
Tajuk Akhbar
:
Tembok baru elak tanah runtuh
Keratan Akhbar Penuh




Teks Akhbar

TRAGEDI tanah runtuh memang menakutkan. Ia bukan sekadar memusnahkan harta benda
tetapi paling ditakuti ia juga boleh mengakibatkan nyawa melayang.
    Masih ingatkah kita tragedi yang menimpa keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral
(B) Tan Sri Ismail Omar yang kehilangan orang tersayang dalam kejadian banglo miliknya ranap
akibat tanah runtuh pad 20 November 2003?
    Masih ingatkah juga kita peristiwa pahit yang menimpa keluarga Dr. Azman Ahmad yang
kehilangan anak tersayang, Haseenah, yang menemui ajal pada November tahun lalu dalam
kejadian tanah runtuh yang menghempap sebahagian rumah banglo keluarganya di lereng
bukit di Taman Harmonis, Batu 6 Jalan Gombak, Kuala Lumpur?
    Tentu sukar kita menerima hakikat kehilangan orang tersayang dalam kejadian tanah runtuh,
lebih-lebih lagi jika kejadian dahsyat itu berlaku di kawasan kediaman kita.
    Memikirkan nyawa penduduk lebih penting daripada segalanya, wakil rakyat yang bertanggungjawab
terhadap sesebuah kawasan kediaman pastinya akan bertindak segera untuk menangani masalah
yang boleh membahayakan nyawa penduduk di kawasannya.
    Inilah yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Teratai, Ampang Jaya,Yap Soo Sun.
Sebagai pemimpin berjiwa rakyat, beliau sentiasa prihatin dan memandang serius semua masalah
penduduk terutama gejala yang boleh mengundang risiko kemalangan jiwa yang banyak.
    Justeru apabila menerima aduan daripada penduduk Kampung Cheras Baru, Ampang Jaya mengenai
sebuah tembok yang selama ini berjaya menahan hakisan tanah di lereng bukit runtuh akibat hakisan
hujan lebat, beliau dengan segera mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membina
sebuah tembok baru.
    "Tindakan segera itu diambil oleh MPAJ selepas menerima aduan daripada penduduk setempat yang
mahu sebuah tembok baru dibina untuk mengelak akan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada
penduduk," katanya kepada KOSMO!
    Tembok yang baru dibina di Jalan 51 itu meliputi Lot 429, 487 dan 488 dengan kos keseluruhan
sebanyak RM130,OOO ditanggung sepenuhnya oleh MPAJ.
    Berikutan pembinaan tembok baru itu, penduduk di kampung berkenaan bolehiah menarik nafas lega
dan tidak lagi perlu bimbang terhadap risiko cerun bukit runtuh menimpa rumah.
    Tembok setinggi empat meter dan lapan meter panjang itu berperanan untuk menahan pergerakan
tanah di kawasan berkenaan.
    Pembinaan tembok baru itu turut memberi jaminan kepada penduduk kampung berkenaan bahawa
kejadian tanah runtuh tidak akan berlaku.
    Jika pun ditakdirkan berlaku, penduduk masih sempat menyelamatkan diri kerana tembok yang dibina
itu akan melambatkan pergerakan tanah.
    "Tembok baru itu boleh melambatkan dan menyukarkan hakisan tanah daripada berlaku di cerun
bukit itu.
    "Ia sekali gus dapat menghalang berlakunya kejadian tanah runtuh di kawasan ini," katanya.
Hakikatnya, sukar untuk kita menghalapg kejadian bencana alam tetapi jika ada langkah, kaedah
dan teknologi termasuk ramalan serta amaran awal digunakan secara meluas dalam menangani
masalah tanah runtuh, pastinya keselamatan penduduk lebih terjamin.