AKHBAR / NEWSPAPER:UTUSAN MALAYSIASEKSYEN / SECTION: BERITA UMUM/LAIN-LAIN
TARIKH / DATE:09-Dec-2004HARI / DAY: KHAMIS
ISU / ISSUE:KESEJAHTERAAN BANDARMUKA SURAT / PAGE: 7
TAJUK / TITLE: Nilai semula tafsiran kemiskinan nasional


Teks Keratan
DASAR Ekonomi Baru (1970-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan
Dasar Wawasan Negara (2001-2010) membuktikan betapa pentingnya isu pembasmian
kemiskinan dalam perspektif pembangunan negara.
Sepanjang tempoh 1970-2005, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak
RM349 bilion untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar dan
menerusi kesan limpahan akan dapat membasmi kemiskinan pada jangka panjang.
Kadar kemiskinan nasional telah berkurangan daripada 18 paratus (1985) kepada tujuh
paratus pada tahun 2000. Trend kadar kemiskinan tegar juga seiring dengan trend kadar
kemiskinan iaitu berkurang daripada enam paratus kepada satu paratus bagi tempoh tahun
1985-2000.
Kerajaan Persekutuan mengambil berat mengenai isu kemiskinan di peringkat negeri dan
nasional. Malah isu itu menjadi agenda utama dalam setiap rancangan lima tahun negara.
Matlamat kerajaan ialah untuk mencapai kadar kemiskinan sifar dalam jangka panjang,
lebih-lebih lagi menjelang tahun 2020.
Usaha pembasmian kemiskinan itu diterjemahkan di peringkat negeri menerusi pelaksanaan
dasar agihan pendapatan dan kekayaan.
Di peringkat negeri, berdasarkan penyenaraian kedudukan kadar kemiskinan bagi tahun 1997,
negeri Kelantan mencatat kadar kemiskinan yang tertinggi (19 paratus), diikuti Terengganu dan
Sabah (17 peratus), Kedah dan Perlis (11 peratus), Sarawak (tujuh paratus), Negeri Sembilan
dan Perak (lima peratus), Melaka (empat paratus), Pu­lau Pinang dan Johor (dua paratus),
Selangor (satu paratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (0.1 paratus).
Dalam erti kata lain, sekadar mengambil contoh, negeri Kelantan mempunyai 19 orang yang
miskin bagi setiap 100 populasinya. Wilayah Persekutuan mencatat kadar kemiskinan yang
terendah di Malaysia. lni sesuai dengan struktur ekonominya yang berasaskan perdagangan
dan perindustrian.
Bagaimanapun, isu kemiskinan di Wilayah Persekutuan lebih merujuk kepada kemiskinan bandar.
Kemiskinan merupakan satu konsep yang sukar ditafsir. la juga sukar diukur dengan spesifik. Oleh
itu, ia bersifat subjektif dan memerlukan pertimbangan nilai.
Kemiskinan pada umumnya meliputi elemen berikut: Kekurangan makanan dan taraf kesihatan
yang rendah; pendapatan yang rendah; pengangguran; keadaan perumahan yang tidak selamat;
taraf pendidikan yang rendah; tidak menikmati keperluan moden; pekerjaan yang tidak terjamin;
sikap hidup yang negatif; dan pemikiran yang sempit.
Bagaimanapun, konsep kemiskinan boleh ditafsirkan secara sistematik iaitu: Golongan yang tidak
mempunyai keupayaan pendapatan; golongan yang tidak punyai akses kepada sumber kuasa sosial
(kebebasan bersuara, politik, milikan punca kekayaan, dan pendidikan); dan golongan yang tidak
menikmati keperluan asas (perlindungan, pemakanan, pendidikan asas, kesihatan, pekerjaan, dan
lain-lain) yang mengikut piawaian ukuran sara hidup sesuatu masyarakat bandar dan luar bandar.
Di Malaysia, amalan pengukuran kemiskinan ialah mengikut pendapatan garis kemiskinan (PGK)
yang bersifat mutlak dan relatif. Bagaimana, pengukuran mengikut pemakanan iaitu nutrien atau
malnutrisi masih belum diguna pakai.
PGK yang digunakan di negara ini berubah dari masa ke masa mengikut tahap kemajuan ekonomi.
Dengan mengambil kira elemen inflasi negara, tahap PGK yang digunakan ialah tanda aras
taraf hidup antara isi rumah miskin dan bukan miskin. Bagi tempoh tahun 1995-1999, meningkat
daripada RM425 sebulan ke RM510 untuk Semenanjung dengan saiz ahli 4.6 orang per isi rumah.
Makanan
Tahap PGK untuk negeri Sabah (dari RM601 ke RM685 dengan saiz isi rumah, 4.9) dan Sarawak
(dari RM516 ke RM594 dengan saiz isi rumah, 4.8). Kemiskinan tegar ialah separuh daripada PGK.
Menurut Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (Mapen II), walaupun Malaysia
dianggap sebagai negara maju di kalangan negara sedang membangun, tetapi rakyat tidak terkecuali
daripada menghadapi masalah malnutrisi atau kekurangan zat makanan.
Masalah itu berpunca daripada kekurangan pendapatan dan menyebabkan pemakanan yang tak
berimbang bagi isi rumah.
Masalah kekurangan zat makanan semakin meningkat terutamanya di kalangan golongan miskin
di kawasan desa.
Kajian mengenai kualiti hidup komuniti mendapati bahawa masalah rendah pemakanan dialami
oleh 30 peratus kanak-kanak lelaki dan 20 peratus kanak-kanak perempuan. Manakala kerencatan
fizikal pula dialami oleh 31 peratus dan 27 peratus masing-masing bagi kanak-kanak lelaki dan
perempuan. Pendapatan yang rendah bagi isi rumah adalah penyebab utama masalah malnutrisi.
Menurut kajian empirikal oleh Mapen II semakin rendah pendapatan yang diperoleh dalam
sesebuah keluarga, semakin tinggi peratusan pendapatan yang perlu digunakan untuk
mendapatkan pemakanan.
Oleh itu, isi rumah yang berpendapatan rendah akan membelanjakan sebahagian besar
pendapatan yang diperolehnya untuk membeli makanan di samping perbelanjaan lain seperti
persekolahan, bil elektrik dan air, pengangkutan serta sewa rumah.
Keadaan itu menyebabkan mereka kurang mendapat makanan yang berimbang dan berkhasiat.
Bagi mengimbangi pemakanan yang diambil bersesuaian dengan pendapatan, pakar pemakanan
telah menyediakan satu sukatan pengambilan kalori yang merujuk kepada keperluan pemakanan
dewasa dan kanak-kanak dari segi umur dan jantina. Kemudian ditentukan pula nutrien utama
seperti karbohidrat, lemak dan protein daripada jenis makanan yang biasa dimakan oleh isi rumah.
Barang-barang makanan itu akan disenaraikan mengikut kos untuk menunjukkan jumlah
perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh sesebuah keluarga dalam tempoh sehari atau sebulan.
Dalam kajian Mapen II, kos bagi keperluan asas makanan dikira berasaskan isi rumah yang terdiri
daripada lima (5) orang iaitu bapa yang berumur 36 tahun, ibu yang berumur 26 tahun, dua orang anak
lelaki yang berumur 6 dan 12 tahun serta seorang anak perempuan yang berumur 2 tahun.
Jadual 1 menunjukkan kos makanan sehari atau sebulan bagi lima ahli isi rumah bagi Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kos makanan yang terpaksa ditanggung oleh satu isi rumah di Sarawak
adalah lebih tinggi iaitu kira-kira RM604 sebulan dan diikuti oleh Sabah dan Semenanjung yang masing-masing
kira-kira RM597 dan RM482 sebulan.
Pada amnya, tiga makanan asas untuk sehari adalah seperti beras, ikan, atau ikan segar dan minyak
kelapa sawit bagi lima orang ahli keluarga sehari melibatkan kos sebanyak RM19 sehari.
Oleh itu, sesebuah isi rumah akan berbelanja sebanyak RM597 sebulan untuk membeli tiga makanan
asas tersebut. Perbelanjaan sebanyak RM597 sebulan itu adalah tinggi dan melebihi PGK yang telah
ditetapkan terutamanya di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Keadaan sebegitu menunjukkan berlakunya masalah kekurangan mikro-nutrien atau zat makanan
akibat kekurangan pendapatan. Masalah itu bukan sahaja berlaku di kawasan luar bandar, tetapi turut
berlaku di kalangan penduduk berpendapatan rendah di bandar dan sering melibatkan golongan kanak-kanak
dan ibu mengandung.
Pada kesimpulannya, PGK yang digunakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan kaedah perbelanjaan
makanan yang digunakan oleh Mapen II dalam mengukur kemiskinan harus diselaraskan dan disesuaikan.
Ini penting untuk pengukuran kadar kemiskinan yang tepat dan mencerminkan senario kemiskinan isi rumah
yang sebenarnya. Secara tidak langsung ia dapat memperbaiki dasar pelaksanaan program pembasmian
kemiskinan yang lebih efektif.

ABDUL RAHIM ANUAR ialah pensyarah di Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia.