AKHBAR / NEWSPAPER:BERITA HARIANSEKSYEN / SECTION: EKONOMI
TARIKH / DATE:25-Sep-2004HARI / DAY: SABTU
ISU / ISSUE:BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIAMUKA SURAT / PAGE: C11
TAJUK / TITLE: Unit udara Bomba bertaraf dunia


Teks Keratan
SERENTAK dengan perasmian Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 11
September 1998, dua helikopter Mi-17, Unit Udara Bomba dan Penyelamat
Malaysia (UUBP) yang diberi nama Enggang dan Pekaka, terbang secara rasmi
buat pertama kali di ruang udara negara untuk melaksanakan misi
menyelamat.
Dua helikopter itu yang dibawa dengan pesawat pengangkut khas, Antonov
tiba dari Rusia di hangar AIROD Sdn Bhd, syarikat pembekal dan
penyelenggara helikopter di Subang, pada 2 September 1998.
Terdahulu pada 2 Julai 1998, 12 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) berlepas ke Kazan, Republik Tatarstan, Rusia, untuk menjalani
kursus pengenda lian helikopter pengangkut seberat 13 tan itu selama dua
bulan.
Kumpulan yang terdiri enam juruterbang dan enam Kuatermaster Udara (AQM)
TUDM itu kembali ke tanah air pada 2 September 1998 sekali gus membuka
lembaran baru dalam sejarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan penubuhan
sayap udaranya sendiri.
Antara fungsi utama UUBP ialah menjalankan tugas bantuan udara dalam ben
tuk tinjauan udara, melawan kebakaran melalui udara, mencari dan
menyelamat serta pengangkutan barang, pegawai jabatan dan orang awam.
Sesuai dengan tugas baru mereka, anggota TUDM yang berkhidmat dengan
UUBP menukar warna pakaian seragam penerbangan daripada hijau kepada merah
menya la kerana tugas mereka berubah daripada mempertahankan kedaulatan
ruang angkasa negara kepada pasukan penyelamat ketika kecemasan.
Sebagai perintis penubuhan UUBP, kumpulan anggota TUDM yang dipinjamkan
itu bertindak selaku pembimbing dan bertanggungjawab memindahkan kepakaran
pengendalian helikopter kepada anggota bomba.
Pegawai Memerintah UUBP, Lt Kol Shabre Hussein, berkata cabaran utama
beliau dan krew TUDM ialah melatih pegawai bomba sehingga mampu
mengendalikan sepenuhnya pesawat itu dalam tempoh tiga hingga empat tahun
lagi.
TUDM mungkin meninggalkan UUBP dalam tempoh itu selepas juruterbang dan
AQM serta jurutera penerbangan di kala ngan pegawai bomba memiliki
kemahiran untuk mengendalikan helikopter berkenaan.
"Pada awal penubuhannya, UUBP bergantung sepenuhnya kepada tenaga TUDM
tetapi sekarang tanggungjawab kami (TUDM) semakin ringan kerana pegawai
bomba sudah semakin serasi dengan pengendalian pesawat.
"Sekarang bomba sudah memiliki tujuh juruterbang terlatih, enam lagi
masih men jalani latihan asas penerbangan di Chopperline Flight Training
di Brisbane, Australia, manakala 11 anggota menjadi AQM termasuk lapan
daripada mereka berkelayakan memikul tugas jurutera penerbangan," katanya.
Bagaimanapun tujuh pegawai bomba yang sudah lulus latihan penerbangan
itu masih dalam peringkat penyesuaian dan diberi tanggungjawab sebagai
pembantu kepada juruterbang TUDM.
Shabre, yang bertanggungjawab membentuk unit berkenaan menjadi pasukan
penyelamat udara disegani, yakin kumpulan perintis juruterbang bomba itu
akan menguasai sepenuhnya kemahiran dalam tempoh terdekat berikutan
pendedahan yang diberikan kepada mereka ketika mengikuti setiap latihan
dan misi menyelamat.
"Juruterbang bomba diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran
pengendalian pesawat termasuk peralatan melawan kebakaran dari udara bagi
memastikan mereka bersedia sepenuhnya sebelum me ngambil alih unit ini
pada masa akan datang.
"TUDM juga menyediakan latihan khusus untuk anggota bomba melaksanakan
tugas AQM di Pangkalan Udara Butterworth, bagi meningkatkan jumlah anggota
yang berkemahiran kerana UUBP dijangka diperbesarkan tidak lama lagi,"
katanya.
Mengenai kemampuan helikopter Mi-17, Shabre, berkata sesuai fungsinya
untuk melawan kebakaran dari udara, pesawat itu berupaya membawa 3,000
liter air untuk menyembur api di darat manakala bagi alat `timba' (bucket)
pula, boleh mengangkut 2,000 liter air pada satu-satu masa.
"Kemampuan Mi-17 melawan kebakaran dari udara terbukti ketika kita
melaksanakan operasi memadam kebakaran hutan di Batang Berjuntai,
Selangor, tidak lama dulu.
"Helikopter itu mampu mengangkut sejumlah air untuk disembur di atas
kawa san kebakaran selain membawa air dalam timba khas yang dibawa
menggunakan tali.
"Selain itu pesawat berkenaan terbukti sesuai untuk menghantar bantuan
logistik kepada pasukan penyelamat yang melaksanakan tugas memadam
kebakaran di hutan," katanya.
Pembesaran UUBP semakin ketara dengan penerimaan dua lagi helikopter
iaitu Agusta A109 buatan Itali pada 26 Mei 2003.
Bagaimanapun, kepakaran pengendalian pesawat itu dipinjamkan pula dari
juruterbang profesional awam.
Kini, tiga juruterbang awam itu bertang gungjawab memindahkan kepakaran
kepada juruterbang bomba untuk mengendalikan pesawat ringan yang sesuai
untuk tugas mencari dan menyelamat.
Berbeza dengan fungsi Mi-17 yang berupaya membawa peralatan melawan
kebakaran dari udara, Agusta pula menyediakan perkhidmatan rawatan
kecemasan (EMS), termasuk membawa anggota paramedik ke tempat kejadian
dalam tempoh singkat.
Shabre berkata, Agusta yang beratnya hanya tiga tan dan mampu terbang
pada kelajuan tinggi juga se suai untuk tugas menyelamat, seperti membawa
mangsa kecelakaan dari tempat kejadian seperti dari bumbung bangunan
tinggi ke hospital kerana tidak memerlukan ruang yang luas untuk melakukan
pendaratan.
"Bagi bandar raya sesak seperti Kuala Lumpur, Agusta adalah pilihan
terbaik untuk membawa mangsa kecelakaan dari tempat kejadian ke hospital
kerana saiznya yang kecil membolehkannya mendarat di atas bumbung
bangunan," katanya.
Dengan kekuatan anggota seramai 78 orang ketika ini iaitu enam daripada
TUDM, 66 anggota bomba, tiga juruterbang awam dan tiga pegawai guna sama
(pentadbiran), UUBP berwawasan untuk menjadi unit penyelamat udara
bertaraf dunia.
Untuk mencapai wawasan itu, UUBP kini giat melatih anggota bomba
termasuk membentuk pasukan Multi-Skill Team (Must) yang berupaya melakukan
tugas menyelamat melalui udara.
Menurut Shabre, bagi memastikan anggota Must benar-benar menepati
tarafnya sebagai pasukan elit bomba, mereka diwajibkan menjalani latihan
ketenteraan.
Sebagai satu komponen utama UUBP, anggota Must juga wajib mahir
melaksanakan tugas menaikkan mangsa menggunakan kaedah `winching', iaitu
turun daripada helikopter ke kawasan berisiko dengan tali dan bergayut
beramairamai pada tali `Spierig'.
"Ketika ini UUBP memiliki 45 anggota Must dan sebagai persediaan untuk
melaksanakan tugas menyelamat di negeri lain seperti di Sabah dan Sarawak,
kita juga melatih anggota bomba untuk diserapkan ke unit itu di kedua-dua
negeri berkenaan.
"Anggota Must bukan saja berkemahiran menjalankan tugas menyelamat
dengan menuruni helikopter menggunakan tali, malah mereka diwajibkan
menjalani latihan payung terjun," katanya.
Kemahiran menggunakan payung terjun perlu bagi membolehkan anggota Must
digugurkan ke kawasan kebakaran di hutan untuk melaksanakan tugas mengawal
kebakaran bagi mengelakkannya merebak ke kawasan lain.
"Mereka dilatih terjun dengan membawa pelbagai peralatan yang diperlukan
untuk mengawal kebakaran hutan," katanya.
Selepas enam tahun penubuhannya, UUBP terbabit dalam beberapa operasi
menyelamat antaranya Ops JE' di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan; operasi
mencari dan menyelamat pesawat awam Beechcraft BE-36 yang terhempas di
hutan simpan Galla, Mantin, Negeri Sembilan dan tanah runtuh di Paya
Terubong, Pulau Pinang.
Selain itu, insiden pesawat Cessna 402 mendarat cemas di Batu Arang,
Selangor; operasi mencari dan menyelamat bekas juruterbang, Kapten Nasir
Ma di hutan Genting Bidai, Pahang dan membawa turun sekumpulan remaja
dipanah petir di Gunung Rajah, Bentong.
Selain itu, UUBP terbabit dalam operasi bersama Jabatan Alam Sekitar
(JAS) dan Jabatan Laut untuk menyembur bahan kimia di atas tumpahan minyak
dari Kapal Sun Vista (Bahamas) di perairan Selat Melaka. Unit itu turut
terbabit dalam Ops Jerebu bagi membantu JAS melakukan tinjauan dan
penandaan kebakaran terbuka untuk tindakan penguatkuasaan.
Shabre yang dijangka kembali ke pasukan asalnya di TUDM tidak lama lagi
berkata, beliau puas kerana berjaya membentuk UUBP sebagai pasukan udara
yang mantap dan berkeupayaan, setelah empat tahun memimpin unit itu.
"Daripada sifar pada awal penubuhannya, UUBP yang kini memiliki pelbagai
aset penting khusus untuk tugas menyelamat, menjadi pasukan yang disegani
kerana kemampuannya terbukti berkesan ketika kecemasan," katanya.