AKHBAR / NEWSPAPER:UTUSAN MALAYSIASEKSYEN / SECTION: DALAM NEGERI
TARIKH / DATE:27-Aug-2004HARI / DAY: JUMAAT
ISU / ISSUE:KERAJAAN TEMPATANMUKA SURAT / PAGE: 4
TAJUK / TITLE: Rumah terbengkalai jejas imej negara


Teks Keratan
KUALA LUMPUR 26 Ogos -Projek perumahan terbengkalai yang banyak berlaku di ibu negara boleh memberikan kesan negatif kepada sektor perumahan dan hartanah tempatan.
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat berkata, isu itu tidak sepatutnya berlaku kerana pemaju-pemaju perumahan yang dipertanggungjawabkan seharusnya peka dengan kebajikan penduduk dan professional dalam menjalankan tugas mereka.
"Tindakan ini juga (membiarkan projek terbengkalai) adalah merupa-kan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana ia melibat-kan wang pelaburan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan kondominium Sri Angsana Hilir di sini.
Tee Keat telah dibawa meninjau keadaan sekeliling pangsapuri itu yang terbengkalai dan bukan sahaja membebankan pembeli tetapi juga memberikan imej negatif kepada ibu negara.
Tee Keat, berkata tindakan kedua-dua pemaju perumahan iaitu Crimson Development Sdn. Bhd (dahulunya di kenali sebagai Kabra Holdings Sdn. Bhd.,) dan Surplus Enterprises yang bersikap lepas tangan dalam isu itu menjejaskan imej negara dan seterusnya mengakibatkan sektor hartanah dan perumahan tempatan menjadi kurang kompetitif.
Dalam pada itu, beberapa orang penghuni kondominium itu ketika ditemui menyatakan kekecewaan dan kemarahan mereka terhadap tindakan syarikat kewangan AM Finance untuk terus mengenakan bayaran yang disertakan dengan faedah walaupun keadaan pangsapuri itu sudah tidak sesuai untuk didiami lagi.
Seorang jurucakap bagi penduduk Kondominium Sri Angsana Hilir Blok C yang enggan mendedahkan identitinya berkata,
"Kami sudah pun mengutarakan masalah itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada bulan November 2003 lalu tetapi.kami diarahkan oleh pagawai kementerian untuk merujuk perkara itu kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya namun tidak ada sebarang jawapan di berikan oleh pihak berkenaan sehingga kini."
Jelasnya, pihaknya sudah pun mengheret kes ini ke mahkamah untuk membolehkan mereka membatalkan perjanjian persetujuan jual-beli seawal bulan Disember 200l lagi.
Sehubungan itu, Tee Keat telah memberi jaminan kepada penduduk-penduduk kondo itu bahawa beliau akan merujuk masalah itu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting dalam masa terdekat ini.
Ketika ditanya mengenai kewajaran kempen membeli rumah anJuran pihak kerajaan, Tee Keat menegaskan, usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat membeli rumah sendiri sesungguhnya adalah hasrat murni kerajaan tetapi sesetengah pemaju perumahan yang diberikan kontrak untuk membina rumah tidak menjalankannya mengikut spesifikasi yang dijanjikan.
Malah, Tee Keat juga menjelaskan, masalah tersebut perlu diselesaikan dengan seberapa segera kerana masalah-masalah kerosakan, keretakan dan vandalisme yang wujud berada pada tahap yang cukup membimbangkan.