| AKHBAR / NEWSPAPER | : | UTUSAN MALAYSIA | SEKSYEN / SECTION | : BERITA UMUM/LAIN-LAIN |
| TARIKH / DATE | : | 20-Jun-2006 | HARI / DAY | : SELASA (TUE) |
| ISU / ISSUE | : | KERAJAAN TEMPATAN | MUKA SURAT / PAGE | : 03 |
| TAJUK / TITLE | : | Cabaran memajukan Petaling Jaya | ||
|
|
| HARI ini Petaling Jaya mencacatkan satu lagi lembaran sejarah paling manis apabila dinobatkan sebagai Bandar raya kedua di Selangor selepas Shah Alam. Pengiktirafan tersebut sekaligus mengiktiraf peranan pihak berkuasa tempatannya, Majlis Perbandaran Petaling Jaya- MPPJ (kini bergelar Majlis Bandaraya Petaling Jaya – MBPJ), yang telah Berjaya mengubah kedudukan Petaling Jaya daripada sebuah kawasan estet getah kepada bandar raya satelit berdaya maju. Ikuti wawancara khas wartawan Utusan Malaysia, ZANIFAH MD. NOR bersama Yang Dipertua MPPJ, Datuk Ahmad Termizi Puteh tentang cabaran, harapan dan masa depan MBPJ dalam mencorak Bandar raya Petaling Jaya pada masa akan datang. Apakah perasaan Datuk sebagai Yang Dipertua terakhir MPPJ? TERMIZI: Banyak yang perlu dilakukan di Bandar raya baru ini. Harapan masyarakat elit di sini terlalu tinggi dan kebanyakan mereka orang berilmu yang terdiri daripada masyarakat peniaga. Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), sebenarnya kita berhadapan dengan kutipan cukai yang terhad. Ini menyebabkan tidak semua keperluan dapat dipenuhi di Petaling Jaya. Jika dibandingkan dengan Bandar raya di Negara maju, kutipan cukai kita yang rendah, misalnya, menyebabkan perkhidmatan yang ditawarkan tidak standing dengan kota-kota di Eropah. Berapakah peruntukan mentadbir yang diperlukan untuk memenuhi impian warga Petaling Jaya? Kita perlukan banyak peruntukan. Bila cukai pintu dinaikkan 10 peratus daripada 6 peratus, semua bising. Mereka kata servis pun tak buat dah nak naik cukai pintu lagi. Saya nasihatkan kepada penduduk Petaling Jaya, jika mahukan sevris yang baik mereka kena bayar lebih. Kita ada tunggakan cukai RM40 juta yang masih belum dikutip. Sejak bila MPPJ mohon Petaling Jaya dinaik taraf sebagai bandar raya dan apakah kebaikannya sebagai penduduknya? Kita mula memohon sejak 2003 dan pengiktirafan ini amat baik untuk pekerja MPPj dan penduduk Petaling Jaya. Petaling Jaya merupakan bandar raya kedua di Selangor selepas Shah Alam. Bila dapat naikkan status kepada bandar raya, ia memberikan nama baik. Orang akan suka tinggal di sini. Nilai harta naik dan harga rumah meningkat. Ia juga boleh menarik pelabur asing untuk memulakan perniagaan di sini kerana Petaling Jaya terletak berhampiran Kuala Lumpur dan mempunyai laluan masuk yang mudah. Apakah cabaran dalam mentadbir Petaling Jaya? Walaupun Petaling Jaya merupakan bandar satelit yang diwujudkan sekitar 1960-an, banyak infrastrukturnya telah rosak dan perlu diperbaiki. Jadi peruntukan yang banyak diperlukan untuk memperbaiki longkang, jalan dan lain-lain kemudahan. Disebabkan peruntukan terhad, dari masa ke masa kita (MPPJ) buat ala kadar memandangkan peruntukan tidak banyak. Pada masa akan datang, MPPJ perlukan peruntukan yang lebih bagi memperbaiki kemudahan awam seperti di kawasan lama PJ Old Town, Seksyen 14 dan Seksyen 16. Selain itu, PJ juga banyak berdepan dengan kejadian jenayah dan vandalisme. Namun, banyak juga masalah yang berjaya kita selesaikan seperti isu setinggan berjumlah 16,000 orang yang dapat dikurangkan kepada 300 orang. Kini kesemua mereka akan ditempatkan ke tempat baru setelah projek perumahan awam disiapkan. Projek ini juga memerlukan banyak peruntukan, selain peruntukan memperbaiki rumah dan bangunan yang sedia ada. Apakah janji Datuk jika kekal menerajui Majlis Bandaraya Petaling Jaya? Kita akan laksanakan program 'Back To Basic' (kembali kepada asal) sebagaimana yang disarankan oleh Menteri Besar Selangor. Ia meliputi tugas-tugas memperbaiki dan menyelenggara semula segala kemudahan awam yang rosak seperti baiki parit atau jalan yang pecah. Pemantauan secara kerap dan tegas akan dibuat terhadap kontraktor-kontraktor yang telah dilantik untuk menjalankan amanah mereka sebagaimana yang dijadualkan. Bagaimanakah Datuk menangani kakitangan yang rasuah dan melakukan pelbagai masalah displin? Setiap bulan kita adakan latihan, ceramah dan seminar dalam menangani masalah displin pekerja. Kadangkala saya sendiri yang memberikan nasihat supaya mereka menjauhi perkara yang tidak baik. Setakat kita sentiasa memantau pergerakan kakitangan. Tindakan tegas pernah dikenakan seperti membuang kerja kakitangan yang terlibat. Saya ialah seorang antirasuah dan berharap orang ramai sudi tampil memberikan kerjasama dan maklumat jika ada kakitangan MBPJ yang mengamalkan rasuah. Adakah wujud rancangan untuk menaik taraf PJ Old Town agar setanding dengan status Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya? Petaling Jaya telah diwujudkan lebih 50 tahun lalu. Memang ada cadangan, tetapi penghuni penghuni PJ Old Town mahu tinggal dalam keadaan tenang. Ia menjadi sebab kita tidak memajukan kawasan lama Petaling Jaya itu. Adakah ini rintangan besar untuk memajukan Petaling Jaya? Pada pandangan saya, pembangunan yang terkawal adalah penting. Di bawah rancangan kerajaan tempatan, Petaling Jayamungkin ada kawasan yang boleh dipinda daripada perumahan kepada komersial. Contohnya di sepanjang Jalan Gasing SS2, pindahan kegunaan tanah daripada kediaman kepada komersial ada dikemukan tapi ia kena dirujuk kepada rancangan tempatan. Jika boleh dimajukan kita akan kata boleh. Jika tidak, kita akan kata tidak. Apakah imej utama Petaling Jaya yang ingin Datuk fokuskan sebagai sebuah bandar raya? Kita memfokus kepada aspek seperti kesihatan, pendidikan, pelancongan dan hiburan. Apakah rancangan pembangunan Petaling Jaya pada masa akan datang? Pada masa ini fokus pembangunan perumahan baru sedang dirancang di Kota Damansara. Dulu projek perumahan banyak ditumpukan di Seksyen 14, 12, PJ Old Town, manakala bakinya untuk kawasan industri. Secara asasnya tiada bangunan tinggi akan dibina di sepanjang PJ Old Town memandangkan jalan yang sedia ada agak sempit. Kalau ikut konsep LA 21, setiap pembangunan ynag ingin dilaksanakan memerlukan pandangan daripada penduduk setempat. Apabila penduduk di kawasan itu hanya mahukan bangunan setingkat atau dua sahaja, kita kena kekalkan dasar itu. Bagi kes Bukit Gasing yang telah digazetkan sebagai rizab hutan simpan, tiada pembangunan akan dilaksanakan di sana. |