AKHBAR / NEWSPAPER:UTUSAN MALAYSIASEKSYEN / SECTION: BERITA UMUM/LAIN-LAIN
TARIKH / DATE:22-Apr-2005HARI / DAY: JUMAAT (FRI)
ISU / ISSUE:KERAJAAN TEMPATANMUKA SURAT / PAGE: 20
TAJUK / TITLE: RMK-9 perlu beri tekanan usaha bantu golongan miskin tegar


Teks Keratan
KUALA LUMPUR 21 April - Dasar pembangunan bagi mengekang kemiskinan di bawah Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) perlu terus memberi lebih penekanan kepada usaha membantu
golongan miskin tegar.
Prof. Diraja Ungku Aziz berkata, langkah itu bagi mengekang gejala sosial daripada merebak ke
kota.
"Setelah melaksanakan lapan raneangan pembangunan negara, kumpulan masyarakat ini masih
menjadi golongan sasaran yang perlu terus diberi keutamaan dalam rangka pembangunan RMK-9,"
katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin
yang menggesa majjlis kerajaan tempatan(PBT) mengeluarkan lebih banyak lesen mejaja bagi
membantu golongan miskin di bandar meningkatkan taraf hidup mereka.
Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan menggalakkan golongan miskin tidak terlalu
bergantung kepada kerajaan dan sekali gus dapat mengekang masalah kemiskinan di bandar.
Sambil menyambut baik cadangan itu, Ungku Aziz berkata, setiap PBT perlu melaksanakan program
pembaharuan bagi menjayakan hasrat Perdana Menteri itu.
"Semua PBT termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu memperbaiki pentadbiran mereka
dan menghapuskan amalan rasuah supaya mereka dapat melaksanakan program itu dengan berkesan."
"PBT dan DBKL juga perlu menyediakan pelan pembangunan bagi membantu peniaga kecil dan penjaja
di bandar-bandar," katanya.
Menurutnya, pada masa ini PBT termasuk DBKL tidak mempunyai pelan pembangunan, khusus membantu
peniaga kecil dan penjaja, yang kebanyakannya orang Melayu.
"Pelan pembangunan itu bukan sekadar mengeluarkan lesen tetapi PBT juga perlu membantu mereka
sehingga mereka benar-benar berjaya," tambah beliau.
Di samping itu, pelan pembangunan khusus itu perlu bersifat menyeluruh ke arah menangani isu kemiskinan
dan jenayah di bandar.
Prof. Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid pula berkata, kerajaan perlu mengenal pasti kumpulan sasaran
geografi kawasan kemiskinan di bandar supaya program membasmi kemiskinan dapat dilaksanakan terus
kepada kumpulan sasaran.
Ketika ditanya adakah rancangan pembangunan negara terdahulu gagal menangani kemiskinan, beliau
berkata, fokus Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) dan RMK-2 ialah lebih kepada memerangi kemiskinan
di luar bandar.
"Apabila negara semakin pesat membangun, kemajuan telah mendorong penduduk untuk berhijrah ke bandar
mencari pekerjaan dan peluang ekonomi," katanya.
Ibrahim yang juga Dekan Fakulti Ilmu Sains Kemanusiaan dan Sosial Universiti Tun Abdul Razak (Unitar)
berkata, ini menyebabkan sebahagian masalah kemiskinan telah berpindah ke bandar dan kawasan setinggan.
"Gejala ini merupakan fenomena bias a dialami oleh semua negara yang menuju kemajuan," katanya.
Katanya, kerajaan perlu menyerapkan sebahagian strategi membanteras kemiskinan dalam rancangan
pembangunan terdahulu dalam RMK-9.
"Selain daripada itu, fokus pembangunan modal insan perlu diperluaskan bukan sahaja melibatkan individu
tetapi juga sistem keluarga dan masyarakat bagi menangani kemiskinan secara menyeluruh," katanya.
Ini termasuk menyediakan kemudahan asas seperti sekolah, hospital, perumahan, pendidikan, latihan dan
peluang ekonomi dan pekerjaan kepada seluruh rakyat.