 | KUALA SELANGOR: Dua puluh lima orang termasuk bekas Yang Dipertua Majlis
Daerah Kuala Selangor (MDKS), Amin Jaya Mohd Amin mengangkat sumpah
menerima jawatan Ahli Majlis MDKS bagi sesi 2004-2006 di sini, semalam.
Majlis angkat sumpah didahului Amin Jaya sebagai Yang Dipertua, di
hadapan 24 bakal ahli majlis kemudian diikuti ahli lain yang diketuai
Orang Besar Daerah, Datuk Abdul Rauf Badiuzzaman, di hadapan Amin Jaya.
Daripada jumlah itu, 14 daripadanya adalah ahli baru iaitu Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Sungai Burung, Shamsuddin Lias; Datuk Abdul Aziz
Mohd Noh (Adun Permatang), Mohamed Sayuti Said (Adun Bukit Malawati),
Jahaya Ibrahim dan Ahmad Nasir Joyo, yang juga adik Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Selain itu, Mohd Norhadi Juri, Jakiran Jacomah, Jasman Anuar, Zainab
Sidek, Asiahton Nazlina Baharum, Tan Tat Liong, Khor Kim Chong, Tan Eng
Chuan dan K R Patiban.
Turut mengangkat sumpah 11 ahli lama yang dilantik semula iaitu Adun
Jeram, Amiruddin Setro, Amin Jaya, Datuk Abdul Rauf, Datin Paduka Mesrah
Selamat, Kernaini Anuar, Sulaiman Abdul Razak, Puah Boon Choon, Gan Ah
Fook @ Fan Keng Hong, P Thirumoorthy, L Sivasubramaniam dan Chong Yan
Peng.
Dalam ucapannya, Amin Jaya berkata, ahli majlis berhadapan dengan tugas
berat membangun dan memajukan majlis terutama bagi menaikkan taraf
daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran.
Katanya, MDKS bakal berubah status menjadi Majlis Perbandaran Kuala
Selangor (MPKS) selewat-lewatnya akhir tahun depan berdasarkan kriteria
yang dipenuhi seperti penduduk melebihi 100,000 dan pendapatan majlis
melebihi RM10 juta setahun.
"Permohonan bagi mendapatkan status Majlis Perbandaran dibuat awal tahun
depan kepada kerajaan negeri seterusnya dikemukakan kepada Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk kelulusan," katanya.
Amin Jaya berkata, MDKS berpotensi menjadi perbandaran berdasarkan
pembangunan pesat yang sedang dan akan dilaksanakan di beberapa kawasan
baru seperti di Bandar Puncak Alam, Sungai Buloh Country Resort dan
Berjuntai Bestari di samping pembangunan kecil di Jeram, Ijok, Sungai
Buluh, Kuala Selangor dan Tanjung Karang.
|
|
KUALA SELANGOR: Dua puluh lima orang termasuk bekas Yang Dipertua Majlis