PENYAMPAI
:
MENTERIKATEGORI : UCAPAN PERASMIAN
TARIKH
:
24-Jul-2008HARI : Khamis
MAJLIS
:
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK KATHOLIK
TEMPAT
:
SMK KATHOLIK, TG. MALIM PERAK
ISU
:
ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG



TEKS UCAPAN PENUH :


Yang Mulia Saudari Pengacara Majlis

Yang Berusaha Pn. Teng Siew Bee,
Pengetua SMK Katholik, Tg. Malim

Yang Berusaha En. Chow Chin Hoong PJK,
Yang DiPertua PIBG SMK Katholik, Tg. Malim

Guru Kanan-Guru Kanan

Guru-Guru, Para Ibu Bapa

Murid-murid serta para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menjemput saya untuk merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SMK Katholik, Tg. Malim bagi tahun 2008. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan di sekolah ini demi kepentingan murid-murid

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian!

Seperti yang kita semua sedia maklum, para murid merupakan tiang negara dan bakal pemimpin negara. Jadi pengasuhan, bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah amat penting. Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai. Malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat.

Saya percaya sambutan Hari Anugerah pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam beberapa aspek penting seperti kurikulum, ko-kurikulum dan Sahsiah. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada kemajuan.


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para murid yang akan terima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan para murid yang tidak berkesempatan terima hadiah agar tidak berputus asa atau kecewa. Yang penting bukanlah hadiah. Sebaliknya yang lebih penting ialah usaha yang berterusan dengan penuh gigih sehingga mencapai matlamat diri yang telah ditetapkan dalam sanubari masing-masing.

Diharapkan para ibu bapa juga akan dapat memberi lebih tumpuan pada anak-anak dan membantu mereka untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga perkembangan “soft skill.” dan lapangan hidup. Jika tidak, mereka akan ketinggalan zaman dan terpaksa mengharungi banyak masalah dan cabaran yang tidak terhingga di zaman ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian!

Saya juga difahamkan sekolah SMK Katholik, Tg. Malim merupakan sebuah sekolah yang hanya terima bantuan modal sahaja. Namun dengan bantuan pihak PIBG telah berjaya membawa banyak perubahan dari segi perkembangan fizikal sekolah sejak kebelakangan ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak PIBG sekolah ini atas usaha cemerlang mereka.

Pada hari ini saya juga diminta melancarkan Program Komputerthon di sekolah ini bagi memulakan kutipan derma untuk menyediakan sebuah bilik computer yang dianggarkan perbelanjaan hampir RM50,000.00. Ini merupakan satu usaha yang baik supaya para murid di sekolah ini tidak ketinggalan dalam bidang ICT.

Dengan kata-kata tersebut, saya dengan sukacitanya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SMK Katholik, Tg. Malim tahun 2008 ini.

Sekian, terima kasih.










Anggaran Perbelanjaan Persediaan Bilik Komputer


Pemasangan Semula Wayar Elektrik RM2,000.00
Pemasangan plak/soket RM2,000.00
Kerusi-Meja Pelajar (20 unit) RM4,000.00
Kerusi-Meja Utama (2 unit X RM250) RM0500.00
Pemasangan Hawa-Dingin (2 unit X RM1500) RM3,000.00
Penyelenggaraan Bilik Komputer RM5,000.00
Pemasangan ‘Grill’ RM1500.00