PENYAMPAI
:
MENTERIKATEGORI : UCAPAN PERASMIAN
TARIKH
:
29-Oct-2008HARI : Rabu
MAJLIS
:
SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI AIDILFITRI
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI PERAK 2008.
TEMPAT
:
GELANGGANG BOLA TAMPAR, IBU PEJABAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI PERAK
ISU
:
BOMBA DAN PENYELAMAT



TEKS UCAPAN PENUH :


Yang Amat Setia Dato’ Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim,
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM

Yang Setia Tuan Haji Mohd Din bin Haji Rajad
Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perak Darul Ridzuan

Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun

Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin,

para wartawan, rakan-rakan media

dan tuan-tuan serta puan-puan yang dihormati sekalian.


Salam sejahtera dan selamat malam


Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak dan pegawai-pegawainya kerana sudi menjemput saya ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sungguh meriah pada malam ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua hadirin yang beragama Islam serta Selamat Hari Deepavali kepada hadirin yang berketurunan India.

Banyak kelebihan dan manfaat yang dapat di ambil daripada penganjuran majlis seperti ini. Jika dilihat dari aspek di dalam jabatan , salah satu kelebihan kepada anggota ialah mereka dapat bertemu dan bermesra diantara satu sama lain. Tujuan berkumpul di dalam satu majlis pada musim perayaan ini adalah untuk merapatkan lagi silaturahim sesama anggota dan menguatkan lagi semangat pepaduan diantara kaum di dalam jabatan ini yang sekian lama terpisah disebabkan menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Usaha sebegini adalah sangat baik untuk mengukuhkan kembali institusi kekeluargaan dengan menjalin dan mengiratkan hubungan mesra antara ahli-ahli keluarga yang semestinya bermula di rumah kita sendiri. Pada prinsip asasnya, semangat kekeluargaan akan berputik dalam keadaan dimana wujudnya sifat dan sikap hormat menghormati antara satu sama lain, bantu membantu, menghargai dan memberikan penghargaan keatas setiap amalan baik, bertolak ansur, mempamerkan ketelusan, keamanahan serta kejujuran dalam semua aspek kehidupan

Dato'-Dato' , Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Saya amat gembira sekali melihat Sambutan Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak pada malam ini diraikan oleh pelbagai kaum, pelbagai peringkat umur serta latar belakang kerjaya. Majlis perayaan seperti ini merupakan satu wadah dan cara bagi memupuk sikap saling memahami dan bertolak ansur sesama kita. Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. Kita perlu terus kekalkan semangat muhibbah dan permuafakatan ini kerana saya yakin, inilah yang akan menjadi tunjang kekuatan kita untuk terus kekal hidup aman dan makmur.

Dato'-Dato', Tuan-tuan dan Puan-puan serta hadiri sekalian,

Dalam kita bergembira, kita juga tidak melupakan jasa pegawai-pegawai bomba yang telah menabur khidmat bakti mereka sepanjang mereka berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ada di antara mereka ini meninggal dunia dalam masa bertugas, demi untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada bala bencana.

Jasa bakti, kudrat serta titik peluh yang telah mereka curahkan, demi memastikan kesejahteraan masyarakat, adalah tidak ternilai harganya. Saya difahamkan pada sebelah pagi tadi Rotary Club Perak telah memberi penghargaan Anugerah Cemerlang kepada pegawai-pegawai Bomba Perak yang telah menunjukkan keberanian dan masyarakat di Negeri Perak. Sumbangan seperti ini amatlah dialu-alukan demi menghargai jasa-jasa yang telah diberikan oleh pegawai-pegawai Bomba terhadap orang awam. Saya berharap pegawai-pegawai Bomba di Negeri Perak akan sentiasa meningkatkan produktiviti dalam menbantu masyarakat setiap masa.

Dato'-Dato', Tuan-tuan dan Puan-puan serta hadiri sekalian,

Bagi mengakhiri ucapan saya pada malam ini, saya ingin merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak di atas jemputan ke majlis Sambutan Aidilfitri pada malam ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Deepavali kepada hadiri sekalian.

Sekian, terima kasih.