PENYAMPAI
:
MENTERIKATEGORI : UCAPAN PERASMIAN
TARIKH
:
10-Jul-2010HARI : Sabtu
MAJLIS
:
PERASMIAN DEWAN MPPD-SPRINGHILL SERTA PENYERAHAN GERAN
TAHUNAN DAN SUMBANGAN MEMBANTU KADAR KEPADA PIHAK BERKUASA
TEMPATAN (PBT) NEGERI SEMBILAN
TEMPAT
:
BANDAR SPRINGHILL, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
ISU
:
KERAJAAN TEMPATAN



TEKS UCAPAN PENUH :

Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia


Y.B. Dato' Siow Chen Pin
Pengerusi JK Bertindak Perumahan,
Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam


Y.Bhg. Dato’ Ahmad Bin Haji Kabit

Ketua Setiausaha

Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan

Y.B. Dato’ Haji Mat Ali bin Hassan
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Y.Bhg. Datuk Arpah Binti Abdul Razak
Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan


Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Majlis-Majlis Perbandaran dan Daerah Negeri Sembilan,

Ketua-ketua Jabatan,

Y.Bhg. Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekelian,

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Y.B. Dato’ Siow Chen Pin, Pengerusi JK Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Y.Bhg. Dato'-Dato' dan semua para hadirin kerana dapat meluangkan masa dan sudi hadir ke majlis perasmian Dewan MPPD-Springhill, Port Dickson pada pagi ini. Terima kasih juga kepada pihak Kerajaan Negeri Sembilan, khususnya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di atas kerjasama yang diberikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menjayakan majlis ini.

2. Majlis pada pagi ini merupakan siri Program Turun Padang khusus bagi meninjau dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan KPKT di PBT. Program ini memberi peluang kepada saya dan pegawai KPKT untuk bersemuka dengan pegawai-pegawai PBT khususnya Yang Dipertua dan Setiausaha bagi mendapat maklumbalas secara terus terhadap isu-isu yang timbul berikutan dengan penyaluran peruntukan pembangunan bagi pelaksanaan projek-projek kecil dan lain-lain perkara menyentuh bidang kuasa Kementerian ini yang berkaitan dengan PBT.

Y.B. Dato’-Dato’, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan,

3. Mutakhir ini, kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Abd Razak, PM Malaysia telah memperkenalkan 4 tonggak pentadbiran negara di dalam merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia negara bertaraf maju dan berpendapatan tinggi.

4 tonggak pentadbiran tersebut ialah :

4. Setakat ini usaha-usaha kerajaan di dalam mencapai matlamat tersebut sudah membuahkan hasil. Kejayaan yang amat manis pada tahun ini adalah pengumuman bahawa Malaysia telah di tempatkan di tangga ke 10 teratas dalam IMD World Competitiveness Yearbook 2010 berbanding pada tahun 2009 dimana Malaysia berada di kedudukan 19. Saya percaya dengan usaha yang lebih gigih daripada pegawai kerajaan kedudukan tersebut dapat di perbaiki lagi.

Y.B. Dato’-Dato’, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan,

5. Bagi membantu PBT memberi perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat setempat, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan pembangunan kepada PBT untuk melaksanakan program atau projek pembangunan kecil di kawasan masing-masing. Antara program atau projek yang terlibat termasuklah program-program Projek-projek Kecil di kawasan PBT(BP1), program Pembangunan Penempatan Tradisional dan Tersusun Dalam Kawasan PBT (BP 6)dan Projek Kemajuan Perkampungan Kampung Baru (BP 31).

6. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMKe-9), Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.892 billion bagi melaksanakan projek-projek kecil di PBT. Peruntukan ini adalah untuk membiayai projek-projek seperti berikut:

7. Negeri Sembilan telah diluluskan peruntukan sebanyak RM138.6 juta di dalam RMKe-9. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM137.2 juta telah diagihkan bagi pelaksanaan di bawah program-program seperti yang saya sebutkan tadi.

8. Pada tahun 2009, Negeri Sembilan telah menerima peruntukan berjumlah RM31,575,391 manakala pada Januari tahun 2010 sehingga Jun 2010, Negeri Sembilan telah disalurkan peruntukan berjumlah RM10,264,340 yang melibatkan sebanyak 60 projek.

Y.B. Dato’-Dato’, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan,

9. Dewan MPPD-Springhill di mana kita semua berada sekarang merupakan salah satu kemudahan awam yang telah dibina melalui peruntukan Kementerian dengan kos berjumlah hampir RM1 juta. Dengan pembinaan Dewan ini, saya percaya ianya akan memberi manfaat khususnya kepada komuniti Bandar Springhill untuk melaksanakan pelbagai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Komuniti Bandar Springhill seharusnya berasa bangga dan seterusnya perlu bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Port Dickson serta Ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk untuk memastikan Dewan ini sentiasa berada dalam keadaan baik.

10. Kesemua program yang saya nyatakan tadi, memberi tumpuan kepada program yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat (People Centric Project). Bagi meneruskan agenda pembangunan Kerajaan di kawasan PBT, saya berharap kesemua 8 buah PBT di Negeri Sembilan dapat menyengerakan perlaksanaan projek-projek yang telah diluluskan bagi memastikan rakyat dapat terus menikmati kemudahan awam dan infrastruktur yang selesa dan berkualiti.

Y.B. Dato’-Dato’,Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12. Selaras dengan kehendak Akta Pemberian Kepada Negeri ( Penyelenggaaraan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan ) 1981, (AKTA 245), pagi ini , saya akan menyerahkan RM 13.9 juta Pemberian Geran Tahunan dan RM4.8 juta Sumbangan Membantu Kadar daripada Kerajaan Persekutuan kepada PBT-PBT Negeri Sembilan. Adalah menjadi harapan saya, kedua-dua pemberian ini akan dapat membantu PBT dalam perbelanjaan mengurus bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada pembayar masyarakat.

13. Saya juga difahamkan MPPD akan melancarkan Program Local Agenda 21 (LA21) peringkat Port Dickson. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada MPPD, agensi-agensi kerajaan serta NGO’s yang terlibat di dalam menjayakan program ini. Bagi memastikan Program LA21 memberi impak yang optimum dalam mencapai aspirasi pembangunan mampan, Kementerian memberi keutamaan kepada pelaksanaan program-program yang bersifat sustainable oleh PBT seperti pemuliharaan sungai, pembasmian kemiskinan dan program-program kesedaran kesihatan kepada generasi akan datang.

Y.B. Dato’-Dato’,Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

14. Kementerian sentiasa berusaha menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan khususnya PBT sebagai barisan hadapan atau front line. Pelaksanaan One Stop Centre (OSC) telah memberi kesan yang positif khususnya bagi proses pemberian kelulusan bagi cadangan pemajuan di PBT. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan termasuk OSC, OSC Online dan ePBT Online yang membolehkan cadangan pemajuan dikemukakan secara atas talian 24 jam, 7 hari seminggu. Melalui sistem ini juga, para pelanggan boleh menyemak, mengemukakan permohonan dan aduan, dan seterusnya akan dipertingkatkan supaya pembayaran dan tempahan kemudahan awam boleh dilakukan secara atas talian.

15. Selain daripada itu, Kementerian saya dari semasa ke semasa mengeluarkan garis panduan serta keputusan-keputusan kerajaan yang dibuat oleh Jemaah Menteri mahupun Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT). Berasaskan Perkara 5A, Perlembagaan Persekutuan mengenai Penubuhan MNKT, saya ingin mengingatkan supaya keputusan-keputusan tersebut di hormati dan di laksanakan oleh PBT. Pihak Kementerian akan memantau perlaksanaan keputusan-keputusan tersebut untuk di maklumkan semula kepada kerajaan.

Y.B. Dato’-Dato’,Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Y.B. Dato' Siow Chen Pin, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Port Dickson, Jawatankuasa Penganjur serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

DENGAN KATA-KATA ITU, SAYA BERSUKACITA MERASMIKAN DEWAN MPPD-SPRINGHILL, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.


Sekian.