PENYAMPAI
:
TIMBALAN MENTERIKATEGORI : UCAPAN DASAR
TARIKH
:
04-Jul-2005HARI : Isnin
MAJLIS
:
SEMINAR KEBANGSAAN KE 4: PENGURUSAN PERSEKITARAN
TEMPAT
:
DEWAN PERSIDANGAN PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN UKM,
BANGI, SELANGOR
ISU
:
KITAR SEMULA



TEKS UCAPAN PENUH :

Yang saya hormati pengerusi majlis,

Y. Bhg. Prof. Dato’Dr. Laily Bin Din,

Dekan Pusat Pengajian Siswazah,

Yang Berusaha Prof. Dr. Jamaluddin Md. Jahi,

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Seminar

Penyelidik, ahli akademik, ahli NGO para peserta dan pelajar sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Hadirin dan hadiran sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur

Seminar Kebangsaan Ke 4: Pengurusan Persekitaran 2005 kerana sudi menjemput saya

pada majlis ini. Tahniah kepada Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian

Siswazah, UKM dan Program Pengurusan Persekitaran Malaysia kerana berjaya menjadikan

seminar sebegini sebagai acara dwi-tahunan. Dengan adanya seminar sebegini ianya

membuka ruang kepada ahli akademik dan ahli NGO untuk berkongsi ilmu berkaitan pengurusan

alam sekitar di Malaysia.

Sejak dulu lagi proses pembangunan tidak benar-benar mengambilkira kepentingan alam

sekitar. Walaupun penekanan yang lebih telah diberikan terhadap kepentingan yang

melibatkan aspek-aspek alam sekitar dalam rangka pembangunan sejak persidangan

di Stockholm pada 1972, diikuti oleh persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada

1992 dan kemudiannya yang terbaru persidangan di Johannesburg Afrika Selatan pada

2002, pembangunan pada masa ini masih lagi tidak begitu mengendahkan alam sekitar.

Isu-isu alam sekitar global seperti kehilangan biodiversiti, kemerosotan sumber asli, pemanasan

global, penipisan lapisan ozon, penebangan hutan yang berleluasa dan pelbagai masalah pencemaran

alam sekitar merupakan beberapa isu yang semakin meruncing dan meningkatkan cabaran dalam

pengurusan alam sekitar.

Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

Di Malaysia, isu-isu alam sekitar bukanlah merupakan sesuatu yang baru. Begitu juga dengan

langkah-langkah untuk menguruskannya terutama melalui penggunaan undang-undang dan cara

bukan perundangan. Seiring dengan kepesatan proses pembangunan sejak tahun 1970an isu-isu

alam sekitar juga telah bertambah. Walaupun banyak kejayaan yang telah dicapai melalui langkah-langkah

yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk menangani masalah kemerosotan kualiti alam sekitar,

terdapat banyak juga kegagalan yang menyebabkan kualiti beberapa bahagian alam sekitar terus mengalami

kemerosotan. Selepas negara mencapai kemerdekaan, masalah penggunaan sumber alam dan pencemaran

alam sekitar menjadi semakin meruncing akibat keinginan memenuhi tuntutan pembangunan negara.

Masalah alam sekitar yang dimanifestasikan oleh kemerosotan kualiti persekitaran umpamanya,

kewujudan masalah pelbagai jenis pencemaran serta bencana akibat aktiviti manusia dan juga isu-isu

berkaitan pembangunan serta langkah-langkah pengurusan yang tidak mantap masih lagi membelenggui

negara.

Di alaf baru ini, dengan rentak pembangunan yang bertambah pesat dalam rangka mencapai Wawasan 2020

dijangkakan akan terdapat lebih banyak isu-isu berkaitan alam sekitar di samping isu-isu yang telah sedia

ada. Keadaan tersebut semestinya mewujudkan cabaran tambahan dalam langkah-langkah pengurusan alam

sekitar. Saya amat berminat dengan objektif seminar pada kali ini dan di harap isu-isu berkaitan pengurusan

lembangan saliran, pengurusan kualiti udara, teknologi dan pengurusan persekitaran, pengurusan ekosisitem

bandar, penilaian dan pengurusan alam sekitar alam sekitar akan dapat diwacanakan dengan teliti oleh para

peserta seminar.

Kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan memandang serius akan isu pemuliharaan alam sekitar dan

telah mengambil beberapa langkah-langkah antaranya mencadangkan undang-undang pengurusan sisa pepejal

diwujudkan, mengadakan kempen tanam pokok, kitar semula, mengetatkan undang-undang, menjalankan

kempen-kempen yang berkaitan seperti kempen tanam pokok dan kitar semula, bebas denggi, tandas bersih

dan lain-lain lagi.

Untuk makluman hadirin hadirat sekalian, Kementerian sering bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan, Pihak

Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Non-Government (NGOs), sektor korporat dan swasta di dalam

memelihara alam sekitar. Kementerian juga banyak membantu PBT untuk meningkat tahap tapak pelupusan,

mengadakan seminar berkenaan tandas bersih, membekalkan lori sampah, tong sampah dan sebagainya bagi

tujuan pemeliharaan alam sekitar.

Selain itu juga, Kementerian juga menyediakan peruntukan bagi menaiktaraf tapak pelupusan, menyediakan

peruntukan untuk perolehan peralatan dan bahan-bahan kawalan vektor supaya aktiviti-aktiviti kutipan sampah

dan kebersihan di kawasan PBT dapat dijalankan dengan lebih sempurna.

Oleh yang demikian melalui seminar pada kali ini, saya amat berharap para penyelidik dan semua yang menyertai

seminar ini akan dapat mengenalpasti strategi-strategi baru yang lebih inovatif bagi mempertingkatkan penyelidikan

dalam pengurusan persekitaran di Malaysia. Selain itu, seminar ini juga sebenarnya dapat dijadikan wadah kepada

para penyelidik, pemikir, ahli akademik dan ahli NGO menggarap satu idea pengurusan dalam menangani

isu-isu alam sekitar di Malaysia.

Saudara dan saudari para hadirin,

Saya di Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyokong penuh usaha Program Pengurusan Persekitaran,

Pusat Pengajian Siswazah UKM dan Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia yang menganjurkan seminar ini

secara bersama supaya isu pengurusan alam sekitar di negara ini mendapat tempat yang sewajarnya di dalam arus

pembangunan negara. Di masa akan datang, mungkin satu usahasama boleh di lakukan dengan Kementerian Perumahan

dan Kerajaan tempatan agar seminar yang bersifat antarabangsa dianjurkan bersama dengan peruntukan yang lebih

besar lagi.

Akhir kata dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya dengan ini merasmikan Seminar Kebangsaan Ke 4: Pengurusan

Persekitaran 2005. Semoga seminar pada kali ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi manfaat

kepada para peserta melalui sumbangan positif kepada universiti, masyarakat dan juga negara.

Sekian terima kasih dan selamat berseminar.