MAKLUMAT UMUM

Penyampai
:
MENTERIKategori :UCAPAN PERASMIAN
Tarikh
:
02/26/2009Bahasa :Bahasa Melayu
Hari
:
Khamis
Majlis
:
PERASMIAN TEMASYA SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN
YANG KE – 60 SMK METHODIST, TG. MALIM
Tempat
:
PADANG SMK METHODIST, TG. MALIM
Berkaitan Isu/Majlis
:
LAIN-LAIN

TEKS UCAPAN PENUH




Terima kasih, Saudara/saudari Pengacara Majlis.

Yg.Berusaha Tn.Hj. Mat Noh bin Supaat,
Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang

Yg.Berusaha En. Yogarajan a/l M. Packrisamy,
Pengetua, SMK Methodist, Tg.Malim

Yg.Dihormati En. James Selvaratnam,
Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, SMK Methodist, Tg.Malim

Yg.Dihormati En. Mohd. Yusof bin Babjan
Yang Dipertua PIBG, SMK Methodist, Tg. Malim

Yg.Dihormati Rev. John Kovil Pillai,
Pastor Gereja Methodist, Tg. Malim

Dif-dif Kehormat, Pengetua dan Guru-Guru Besar, AJK PIBG, Guru-guru, Anak-anak didik, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan pada petang yang meriah lagi ceria ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-60, SMK Methodist, Tg.Malim

Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak didik sekalian,

Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah. Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.

Saya juga difahamkan bahawa institusi sekolah yang bergelar SMK Methodist, Tg. Malim walaupun berlatarbelakangkan sekolah bantuan modal, serba daif dari segi fizikal bangunan dan prasarana pendidikan namun cukup berkemampuan dan berkebolehan untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja cukup cemerlang dalam bidang akademik di Daerah Batang Padang malah cukup cemerlang dalam kegiatan sukan dan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada setiap anak didik, guru dan warga iltizam SMK Methodist, Tg.Malim.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya amat percaya bahawa bantuan dan sokongan tambahan yang pernah diterima oleh SMK Methodist, Tg. Malim selama ini hanya sekadar mampu untuk membolehkan pihak sekolah dan PIBG untuk membaik pulih dan menaik taraf sebahagian prasarana dan fizikal sekolah demi keselesaan pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang enrolmennya kian bertambah dari setahun ke setahun. Saya sebagai Ahli Parlimen Tg. Malim sangat berharap kedudukan ini diperbaiki dengan bantuan dan usaha dari segala sumber supaya pengurusan SMK Methodist, Tg. Malim boleh menumpukan segala perhatian kepada preatsi akedemik dan muncul sebagai salah sebuah sekolah primer yang terbilang di Daerah Batang Padang sekali gus merealisasikan visi dan misi sekolah menjelang tahun 2010.

Dengan kata-kata tersebut, saya dengan suka citanya merasmikan Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-60, SMK Methodist, Tg. Malim. Majulah sukan untuk negara. Sekian, terima kasih.